Sabtu, 13 April 2013

Rindu yang Tak Sudah



Tidak mampu ku rungkai rinduku padamu Abah..



Kegelisahan di dalam kedinginan, 
meniti sepi keseorangan, 
sebuah kematian yang tiada bernisan, 
sendu mengiringi perpisahan

ruang yang luas kini bergerak bebas, 
namun keupayaanku terbatas
 segala mimpi menjadi api, perit membakar diri

sebuah cinta dan harapan, 
menjadi debu berterbangan 
tersekat nafasku kabur pandangan mataku 
amat tersiksa diriku kerna kehilanganmu 

oh mengapakah terus mengharap menanti  
walau cukup kusedari kau takkan kembali

pemergianku mengisi permintaan
 biarpun dikau masih kuperlukan
 kita dikatakan pasangan bahagia, kini terasing duka..


Rindu sangat pada arwah abah tersayang.. Haji Mat Kassim bin Mat Arip.. Seorang abah yang benar-benar penyayang dan merendah diri. Seorang yang benar-benar melindungi walaupun aku tahu hatinya selalu terguris dengan perangai2 anak2nya yang pelbagai.. 


Jauh sekali di sudut hati kami anak2 untuk menyakitimu.. moga abah ampunkan dosa kami anak2 ini yang adakalanya alpa tentang kasih sayangmu..



Jelas terpancar rasa kerinduan ibuku padanya setiap kali bercerita tentang kenangan kami bersama. Perit bila kehilangan. Terngiang2 suara abah apatah lagi bile memanggil cucu dan anak2 tersayang. 


Siapa yang boleh menolak takdir.. aku akur bahawa kematian itu pasti.. Satu hari nanti aku pasti akan ditinggalkan dan meninggalkan. Abah, angah selalu doakan moga arwah abah bahgia dan tenang di sana. In shaa Allah kita pasti akan bertemu kelak. Kehilangan orang yang tersayang memang memilukan.. terasa kekurangan dan ketidaksempurnaan dalam kehidupan.. al-Fatihah buat ayahandaku tersayang..




Kali terakhir abah beraya bersama kami sekeluarga dalam keadaan  yang dia masih sihat. Patah tumbuh hilang takkan berganti. Teramat2 merinduimu.. 



al-fatihah buat Allahyarham ayahanda Mat Kassim bin Mat Arip








4 ulasan:

  1. Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibubapaku sebagaimana mereka menjagaku semasa kecil.. ameen

    BalasPadam
  2. al-fatihah buat abah. moga ditempatkan beliau di kalangan orang-orang yang soleh. amin.

    BalasPadam