Sabtu, 20 April 2013

Kisah di Sebalik Lagu..

yup.. FINALLY..
i found this song likes our own love storyboard
 Me with Abg Haji..



aku lihat dia di sana
aku ingin mendekatinya
aku cuba menghampirinya
lalu aku menyapa dia

dia pun membuka bicara
dan aku mulai mengenalnya
kita mulai bermain mata
mula timbul rasa bahgia

bila dia mendekati diriku
hatiku rasa sesuatu
bila dia senyum pada diriku
hatiku rasa tak menentu

terkadang hatiku bertanya
adakah dia dah berpunya
kerana diriku berasa
aku jatuh hati padanya

aku ingin memilikinya
aku ingin menjaga dia
aku ingin mencinta dia
aku ingin hidup dengannya

mungkinkah aku kan berjumpa dengannya
untuk meluahkan rasa
mungkinkan aku kan berdiam diri saja
menunggu cinta darinya

ku terima satu nota darimu
yang tertulis "AKU SUKA KAMU"

akhirnya kini ku mampu ceria
diriku sangat gembira
akhirnya aku mulai bahgia
menerima cinta darinya..

"AKU SUKA DIA.."

<------------------------------------------------->
punyelah dh kahwin almost 10 years ago.. tp kenangan2 itu masih segar dalam ingatan.. mana taknya dikurniakan suami yang sentiasa memahami dan menyayangi.. he3.. tqvm my Abg Haji..

KALI PERTAMA BERTEMU MUKA.. BERTENTANG MATA..(tarikh x ingat, yang pasti 1 Syawal 1423H (akhir tahun 1999)


Pinggang kerengga ko!! he3..

Masa tu jantung pun dup,dap, dup, dap.. since dh couple 3,4 bulan tapi x pernah jumpa pun. klu "terjumpa" itupun secara kebetulan.. dan masing2 hanya melemparkan senyuman.. "TEMAN TAPI MESRA" la tu.. 
Soalan cepu emas yang selalu dilemparkan "bilelah si Azhar ni bercinta dgn budak angah ni? kat mana, dan mcmmana?" (^ ^)..wink2

*********(OUR MISSION IS COMPLETE)

ALHAMDULILLAH.. mendapat restu dari ibu bapa.. keluarga kedua-dua belah pihak.. syukur berkekalan hingga kini dan biarlah hingga ke akhir hayat..

*** oops pic tunang xde pulak.. almaklumkan dulu semua pakai 'film' Konica la, fuji la.. kodak la.. naseb la yg ni sempat di 'scan'

KENANGAN YANG TERINDAH (25 JANUARI 2003)





PASTI ADA MANISNYA (2-3 MAC 2003)


begitulah kisah Mak Dara dan Abg Hajinya.. ngeh2.. cuba masing2 dh mula beransur ke usia yg makin matang dan tua.. he3

DALAM SETIAP JALINAN PERKAHWINAN SEMUANYA HARUS DIIRINGI DENGAN KEPERCAYAAN, KEJUJURAN DAN KESETIAAN.. NAMUN TIDAK DINAFIKAN ADAKALANYA KITA TERSASAR PADA LANDASAN YANG SEBENAR.. KUNCI UTAMA, SELALULAH PANJATKAN DOA KEPADA ALLAH SWT SUPAYA SUAMI, ISTERI, ANAK-ANAK DIKURNIAKAN KETAQWAAN DAN DIPERTEGUHKAN KEIMANAN KEPADANYA.. 

tidak kira apa pun badai yang menimpa, berfikiran positif adalah penawar utama dalam apa jua yang melanda.. ianya adalah cubitan kasih sayang daripada Allah SWT untuk kita sentiasa mengingatinya dan mencintainya..

petua bagi sape yg nak bercinta pastikan ada 
"BERKAT KEBERANIAN"..

LAST BUT NOT LEAST..
I still love you my Abg Haji until everafter..

Sabtu, 13 April 2013

Rindu yang Tak Sudah



Tidak mampu ku rungkai rinduku padamu Abah..



Kegelisahan di dalam kedinginan, 
meniti sepi keseorangan, 
sebuah kematian yang tiada bernisan, 
sendu mengiringi perpisahan

ruang yang luas kini bergerak bebas, 
namun keupayaanku terbatas
 segala mimpi menjadi api, perit membakar diri

sebuah cinta dan harapan, 
menjadi debu berterbangan 
tersekat nafasku kabur pandangan mataku 
amat tersiksa diriku kerna kehilanganmu 

oh mengapakah terus mengharap menanti  
walau cukup kusedari kau takkan kembali

pemergianku mengisi permintaan
 biarpun dikau masih kuperlukan
 kita dikatakan pasangan bahagia, kini terasing duka..


Rindu sangat pada arwah abah tersayang.. Haji Mat Kassim bin Mat Arip.. Seorang abah yang benar-benar penyayang dan merendah diri. Seorang yang benar-benar melindungi walaupun aku tahu hatinya selalu terguris dengan perangai2 anak2nya yang pelbagai.. 


Jauh sekali di sudut hati kami anak2 untuk menyakitimu.. moga abah ampunkan dosa kami anak2 ini yang adakalanya alpa tentang kasih sayangmu..



Jelas terpancar rasa kerinduan ibuku padanya setiap kali bercerita tentang kenangan kami bersama. Perit bila kehilangan. Terngiang2 suara abah apatah lagi bile memanggil cucu dan anak2 tersayang. 


Siapa yang boleh menolak takdir.. aku akur bahawa kematian itu pasti.. Satu hari nanti aku pasti akan ditinggalkan dan meninggalkan. Abah, angah selalu doakan moga arwah abah bahgia dan tenang di sana. In shaa Allah kita pasti akan bertemu kelak. Kehilangan orang yang tersayang memang memilukan.. terasa kekurangan dan ketidaksempurnaan dalam kehidupan.. al-Fatihah buat ayahandaku tersayang..




Kali terakhir abah beraya bersama kami sekeluarga dalam keadaan  yang dia masih sihat. Patah tumbuh hilang takkan berganti. Teramat2 merinduimu.. 



al-fatihah buat Allahyarham ayahanda Mat Kassim bin Mat Arip








Rabu, 10 April 2013

SaHabaT SeLaMa2Nya


Betul, betul, betul.. 
Ntah kenapa rindu sangat pada sahabat2 yang jauh di sana.. 
Terimbau kenangan kita bersama..
Walaupun ade manis, pahit, masam, pedas, tawar dan sebagainya
Namun kita harus akur sebab itulah kemanisan dalam persahabatan..
Bila bercerita pada sahabat, macam2 kan perangai yang kita jumpa kan..
Normallah klu kite bergaduh.. tp semuanya kita buang ketepi sebab kita sentiasa menyayangi SAHABAT sampai bila2..
Tak aku nafikan sahabat tu penting dalam kehidupan, kalau xde dia maka suramlah perhubungan,kuranglah kasih sayang..
Rakan yang ketawa mudah dicari, tapi rakan di kala sedih memang sukar nk jumpa..
Kenapa, mengapa?? x dptlah nak aku tafsirkan.. sbb aku tahu, aku bukanlah se'perfect' sahabat yang dicari..

So,sesekali layan lagu "SAHABAT" daripada Kump. Padi mmg mengasyikkan.. dan aku tujukan khas lagu tersebut buat SAHABAT2 yang aku kasihi.. 


ok..mmuuaaahhh!!!

- klu nak attach pic2 sahabat mmg smpi esok pun x siap.. i kan ramai kawan.. he3..