Jumaat, 27 Disember 2013

Erti sebuah perpisahan

Yup.. permulaan yg indah.. namun terselit kesedihan.. indah kerana mula mengenal dunia kerja yg baru.. sedih kerana berpisah dgn kerja yg lama.. namun itulah erti seorang pekerja yg beretika.. 'CAMPAKLAH AKU KE MANA.. AKU AKAN TETAP SUBUR MEWANGI'..  bidang yg berbeza.. mencabar kemampuan jiwa.. fizikal, mental kena tabah.. moga mampu aku menempuhnya..
hanya tinggal nama..
 
tempat baru saya..

moga ada transformasi di dalam diri dan kerjaya baru ini..

namun sudah nyata..inilah tugas saya sbnrnya.. di dunia edaran dan promosi   di Bah. Penerbitan..


Ahad, 17 November 2013

Kenangan Yang Terindah

Pertemuan tak dirancang..
Perpisahan tak diundang..
Moga ukhuwwah yang kita jalinkan..
Mekar, subur mewangi selamanya..

<------------------------------------------------------------->

Bertemu dan berpisah..
adat manusia biasa..
hilang di mata tapi di hati jangan lupa..
berdoalah kita agar aman dan sentosa..
semoga kelak kita berjumpa di lain masa..

<------------------------------------->

sahabat untuk selamanya..
bersama untuk selamanya
kau dan aku sahabat..
untuk selamanya setia..

<----------------------------->



bila yang tertulis untukku..
adalah yang terbaik untukmu..
kan ku jadikan kau kenangan.. 
yang terindah dalam hidupku..
namun xkan mudah bagiku..
meninggalkan jejak hidupku..
yg telah terukir abadi..
sebagai kenangan yang terindah..

<------------------------------------->

yup..pejam celik, pejam celik.. dh nk masuk 9 tahun aku berbakti, berkhidmat di dalam Caw. Pengurusan Masjid ni.. dah lali dgn kerahan.. karenah bos dan rakan2.. yg paling sedihnya bila kawan2 lama dh mula beransur tinggalkan aku sendirian di sini..~so TOUCHING..~

but today on 18th Nov 2013.. 
bermulalah langkahku yg kedua untuk berbakti dan berkhidmat di bah. yg lain..
mengikut jejak2 rakan yg lain..walaupun disulam dgn pelbagai perasaan namun aku harus akur.. itulah kehendak dan itulah keizinan yg dtg dariNya..

rasanya berbekalkan pengalaman yg pahit dan manis..mudah2an aku bole kuat dan tabah dgn cabaran yg bakal mendatang..

ironinya, kenangan semasa di KESUMA satu masa dulu mmg amat2 menyeronokkan..kami hidup bagaikan keluarga, susah senang sama di rasa.. hinggalah caw. pengurusan masjid dipisahkan dgn adik2nya.. satu tamparan hebat buat aku dan rakan2 di Cawangan Masjid ni..

bermula episod menumpang kasih di bahagian LEPAI.. mcm anak tiri pun ada.. borang cuti pun handle sendiri.. fail lintang pukang.. kwn2 pun pandang selek.. mcm harimau lapar..perjuangan harus diteruskan walaupun ada segelintir pihak yg x suka.. 

tp x semua x suka kan.. perlahan2 kami menjalin ukhuwwah sesama rakan2 baru di LEPAI.. alhamdulillah akhirnya kami diterima dgn tgn yg terbuka.. cuma yg buat aku FRUST sampai skrg, tolonglah PERCAYA yang Caw. Pengurusan Masjid ni mmg BANYAK KEJE.. ~feeling annoyed ko!!~

kpd yg pernah cuba tikam aku dr belakang.. melempar taik dediam tu, sudah2lah.. x ke mana pun kan.. tggu ajelah pembalasan dari Allah kelak.. ~feeling menyampah~ hahaha..

But not least.. tq so much buat rakan2 di Cawangan Masjid ni coz treat me as ur fren.. maybe ada yg naik muak dgn bebelan aku.. smpi nk muntah.. but aku tetap SAYANG korang.. 

to my KPP, Ust. Kak Noor, Dr. Lokman, Us. Mohd Ajib n Us. Md Rus *** they're very2 glamour ko.. tq atas tunjuk ajar, teguran dan sentiasa memahami kehendak anak2 buah.. walaupun kdgkala kami merengus.. eeiii geramnyeeee, mcm nk ngap je.. ~mcm faham jer,??~ he3.. 

x lupa pd my Boss Us.Zaidan ~angah cun~, Ust Nik Norliza ~Miss punca kuasa.. jgn mare~, us. Rushdan ~us.Patani~, Us. Sofian ~YB ko~, Us. Zul ~us.5s~, us. Nik Nasrun ~so sweet~.. all of u are great.. terbaeekk ko..

n my beloved frens... love,love,love... Cik Yah yg sweet belaka, i mmg tabek sama ketegasan u, hensem n cute boys Megat ~mcm Shamsul Yusoff~, Shaarani ~we known as Shark.. janji alim ulama' kan.. ~, Syam ~June boy like me~, running man Mr. Sayuti.., my huha huha fren Prince Najib Hasamaldin n puteri Sofia Noor, bile nk masuk opis haa.. roger2 la angah kt sana tu ye.. 

n to my best ex boss..k. ZAE..payahlah aku nk cr bos yg cenggini.. mmg sporting.. 10 bintang aku beri.. untunglah org KAFA kali ni.. 

sape lagi ye..haa.. buat us. Rosli yg di Kelantan sana.. tq so much atas nasihat dan pandangan2 us.yg cukup bernas.. klu angah bg skala 1-10.. confirm us. bolot 10..janji kita x jadi mcm teratai layu di tasik madu.. hahaha..

apepun aku masih berada di JAKIM, KOMPLEKS D lagi.. masih lagi bole ketemu.. masih lagi bole bicara.. 

---------------------------------

Jutaan kemaafan angah pinta.. atas keterlanjuran bicara,terkasar bahasa, terbiadap perbuatan sehingga menyinggung hati kalian semua. Angah sedar angah manusia biasa..punya kelemahan.. punya kesilapan.. ~feeling hope~..


ok lah.. sekadar di pinggiran..

kalau ada jarum yg patah..
jgn disimpan ke dalam peti..
klu ada salah dan silap..
jgn disimpan ke dalam hati..

klu ada sumur di ladang,
bole saya menumpang mandi,
klu ada umur yg panjang,
bole kita berjumpa lagi....

SALAM SAYANG..........................dh tentulahhh..............

ANGAH ERNIZA...mmuuuaaaahhhhsssss!!!

Ahad, 22 September 2013

3 minggu berturut2

3 minggu berturut2..
KERANAMU KENDURI


kami jadi penanggah..
kami jadi orang kuat walaupun x minum Ali Cafe..
kami jadi orang yang bertanggungjawab..
dan paling best kami jadi orang 'RAJIN'..
moga keikhlasan kami anak2 dan menantu Tuan Haji Mat Kassim bin Mat Arip dan Puan Siti Rukiah binti Idris diberikan ganjaran yang setimpal olehNya..

tahniah buat adik kami Farhana dan suaminya Aqmal a.k.a Mamal.. Moga kebahgiaan, kesejahteraan sentiasa bersama kamu berdua.. ada rasa gembira kerana adik kami bertemu teman hidup, rasa sedih kerana melepaskannya, rasa bersyukur kerana dipertemukan kalian berdua.. Moga Mr. Mamal melindungi dia sampai akhir hayat.. 

 

~peristiwa sebelum kenduri~

telah dijadikan cerita,seminggu sebelum kenduri tetiba suami aku pulak disahkan denggi..dh puas sihat kan.. ape2pun kami redha atas kehendak Allah.. menimpakan musibah penyakit.. ada hikmah utk suamiku berehat dari segi mental dan fizikal.. menguji kesabaran hati isteri ini dan mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara kami berdua..hmm walaupun ada je kontroversi kt opis tu almaklumlah samb. cuti raya ko.. bknnya apa diaorg tu rindu kt aku sebenarnya.. **perasanlah pulok..alhamdulillah seminggu berkampung dan ulang alik ke klinik dan hospital akhirnya suamiku sihat seperti sediakala.. syoknye bile dia dh sihat.. i've got my husband back.. fortunately.. syukur sgt..






----------------------------------------------

~gelagat malam nk kenduri~

dah lama sebenarnya x buat kenduri di kampung mak aku ni.. so mmg meriahlah bila pak uda aku buat kenduri kawen anak sulung dia di kampung ni.. yg lebih dikenali sebagai 'BOUNDRY TOWN'.. 

ape2pun malam sabtu.. keluarga kami anak-beranak berkampung untuk menaikkan aura kenduri untuk esok hari..hmm.. sampai x lena tido kami malam tu.. mmg x tidolah.. naseb baeklah kami ni x mabuk tido.. hehehe..




~suasana dan gelagat di pagi sabtu~
  
pagi sabtu yang cerah.. sebelum pernikahan adik kami..








oklah itu je buat masa ni.. time's out.. so xleh nk kata apa.. kita samb. next CATATAN ye..

~DEBARAN PENGANTIN BARU~








Jumaat, 19 Julai 2013

Perasaan

ADA APA???
 
Ada apa dengan CINTA..
Ada apa dengan SAYANG..
Ada apa dengan KASIH..
ADA APA, ADA APA, ADA APA???...

Itulah maknanya PERASAAN..
Ironinya, mudah nk luahkan tapi payah nak buat..
KASIH TAK BERMAKNA SAYANG..
SAYANG TAK BERMAKNA CINTA..
CINTA TAK BERMAKNA KASIH DAN SAYANG..

Tapi bagi wanita, perempuan seperti aku.. apepun,  KASIH, SAYANG, CINTA semuanya membawa makna yg sama.. sbb ia dilahirkan melalui hati, jiwa dan raga.. diluahkan dengan perasaan.. Cuma perasaan itu terlalu SUBJEKTIF untuk ditafsirkan.. almaklumlah, kite semua berbeda pendapat dan pandangan..

----------------------------------------------------------------

Kadang2 impian kite tergelincir jauh, x dpt digenggam, x dpt dicapai sebab tinggi ibarat bintang di atas sana.. namun bila dh dapat sebahagiannya mulalah menjadi sombong dan takbur, dan akhirnya kita kecundang sbb x seperti yg kita harapkan..

Cukuplah menghayati, menghargai dan menghormati perasaan, x kesahlah perasaan sesiapapun.. itu pun sudah memadai untuk menjaga hati sendiri dan org lain.. dan itulah kurniaan Allah yang berharga..

Mengkhianati perasaan.. ibarat menipu diri sendiri.. sudah tentu Allah Yang Maha Mengetahui Segalanya..

PERASAAN PUN HARUS DIBELAI.. DIJAGA RAPI DAN DILINDUNGI..


Zahir dan batinnya :
kita bercinta bukan utk sehari dua.. malah mudah2an hingga hujung nyawa dan terus dinikmati hingga ke syurga..apa pun------>

KASIH PADA ALLAH 
itulah yang tetap kekal abadi..


kerna kau yg satu..
yang selalu bersamaku..
di kala ku jatuh..
  ku bangkit kernaMU.. 

  
 

Selasa, 18 Jun 2013

Hari Bahagia




Assalamualaikum..

dh lama aku x update blog ni.. makin bersawang jadinye.. walaupun x jelas di mata, tp ibarat buku yang tersepok dlm almari.. berhabuk jugakkan.. berlalu sudah bulan Mei.. byk peristiwa gak yang terjadi pd bulan tu, namun bulan Jun ni lah yg paling havoc dan sibuk sekali.. Guess what?? Apa lagi kenduri perkahwinan adik ipar aku.. adik suami aku di Kampung Tebuk Haji Musa, Titi Serong, Parit Buntar, Perak.. ini bermakna aku sudah ada biras.. he3..

alhamdulillah depa dapat 'org dekat'.. xlah kami sibuk m'hantar hingga ke luar negeri.. apa kata kita layan pic2 terhebat sepanjang perkahwinan adik kami Azlan bin Muhamad dan Naemah binti Ismail..LAYANZZZZ!!!


------>> SAMBIL LAYAN PIC2 NI KLIK DULULAH VIDEO MUSIC NI..

  
hehehe.. naik pelamin sekali lagi ko..

--------SUASANA TIKA KENDURI--------


x byk pic yg dpt upload.. almaklumlah aku lah yg pegang kamera, akulah yg pegang videocam..hehehe.. bak kata Ucu.. jadi JURU SUKA..

Tradisi lama tetap dikekal.. Makanan secara hidang, masak pun bergotong royong.. meriah sungguh. Mana lagi nak cari suasana seperti begitu.. Tumbang lembu seekor.. Penat, mmg penat.. tp puas hati.. Mana taknya adik bongsu yang kahwin, **ade lg abg 2 org yg belum kawen.. so semuanya abang dan kakak lah yg handle.. untunglah adik2.

Last but not least, kepada pengantin baru tu.. semoga berbahgia hingga ke akhir hayat.. dugaan, ujian ada di mana-mana, namun anggaplah itu sebagai cubaan hidup.. kepahitan ada manisnya begitu juga manis ada pahitnya..


-----RESTU KELUARGA MENGIRINGI KEBAHGIAAN-----

 


----HALWA MATA.. SUDAH SEMESTINYA HANTARAN PERKAHWINAN----

HANTARAN PENGANTIN LELAKI KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN---->>>


HANTARAN PENGANTIN PEREMPUAN KEPADA PENGANTIN LELAKI---->>>
 









 XOXO.... RED VS BLUE.. HEHE
 **naseb baek x jadi RED BULL..**



Kebahgiaan ada di mana-mana cuma kita perlu memburunya..






Lara Kasih,
azhanieza..