Ahad, 22 September 2013

3 minggu berturut2

3 minggu berturut2..
KERANAMU KENDURI


kami jadi penanggah..
kami jadi orang kuat walaupun x minum Ali Cafe..
kami jadi orang yang bertanggungjawab..
dan paling best kami jadi orang 'RAJIN'..
moga keikhlasan kami anak2 dan menantu Tuan Haji Mat Kassim bin Mat Arip dan Puan Siti Rukiah binti Idris diberikan ganjaran yang setimpal olehNya..

tahniah buat adik kami Farhana dan suaminya Aqmal a.k.a Mamal.. Moga kebahgiaan, kesejahteraan sentiasa bersama kamu berdua.. ada rasa gembira kerana adik kami bertemu teman hidup, rasa sedih kerana melepaskannya, rasa bersyukur kerana dipertemukan kalian berdua.. Moga Mr. Mamal melindungi dia sampai akhir hayat.. 

 

~peristiwa sebelum kenduri~

telah dijadikan cerita,seminggu sebelum kenduri tetiba suami aku pulak disahkan denggi..dh puas sihat kan.. ape2pun kami redha atas kehendak Allah.. menimpakan musibah penyakit.. ada hikmah utk suamiku berehat dari segi mental dan fizikal.. menguji kesabaran hati isteri ini dan mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara kami berdua..hmm walaupun ada je kontroversi kt opis tu almaklumlah samb. cuti raya ko.. bknnya apa diaorg tu rindu kt aku sebenarnya.. **perasanlah pulok..alhamdulillah seminggu berkampung dan ulang alik ke klinik dan hospital akhirnya suamiku sihat seperti sediakala.. syoknye bile dia dh sihat.. i've got my husband back.. fortunately.. syukur sgt..






----------------------------------------------

~gelagat malam nk kenduri~

dah lama sebenarnya x buat kenduri di kampung mak aku ni.. so mmg meriahlah bila pak uda aku buat kenduri kawen anak sulung dia di kampung ni.. yg lebih dikenali sebagai 'BOUNDRY TOWN'.. 

ape2pun malam sabtu.. keluarga kami anak-beranak berkampung untuk menaikkan aura kenduri untuk esok hari..hmm.. sampai x lena tido kami malam tu.. mmg x tidolah.. naseb baeklah kami ni x mabuk tido.. hehehe..




~suasana dan gelagat di pagi sabtu~
  
pagi sabtu yang cerah.. sebelum pernikahan adik kami..








oklah itu je buat masa ni.. time's out.. so xleh nk kata apa.. kita samb. next CATATAN ye..

~DEBARAN PENGANTIN BARU~








Jumaat, 19 Julai 2013

Perasaan

ADA APA???
 
Ada apa dengan CINTA..
Ada apa dengan SAYANG..
Ada apa dengan KASIH..
ADA APA, ADA APA, ADA APA???...

Itulah maknanya PERASAAN..
Ironinya, mudah nk luahkan tapi payah nak buat..
KASIH TAK BERMAKNA SAYANG..
SAYANG TAK BERMAKNA CINTA..
CINTA TAK BERMAKNA KASIH DAN SAYANG..

Tapi bagi wanita, perempuan seperti aku.. apepun,  KASIH, SAYANG, CINTA semuanya membawa makna yg sama.. sbb ia dilahirkan melalui hati, jiwa dan raga.. diluahkan dengan perasaan.. Cuma perasaan itu terlalu SUBJEKTIF untuk ditafsirkan.. almaklumlah, kite semua berbeda pendapat dan pandangan..

----------------------------------------------------------------

Kadang2 impian kite tergelincir jauh, x dpt digenggam, x dpt dicapai sebab tinggi ibarat bintang di atas sana.. namun bila dh dapat sebahagiannya mulalah menjadi sombong dan takbur, dan akhirnya kita kecundang sbb x seperti yg kita harapkan..

Cukuplah menghayati, menghargai dan menghormati perasaan, x kesahlah perasaan sesiapapun.. itu pun sudah memadai untuk menjaga hati sendiri dan org lain.. dan itulah kurniaan Allah yang berharga..

Mengkhianati perasaan.. ibarat menipu diri sendiri.. sudah tentu Allah Yang Maha Mengetahui Segalanya..

PERASAAN PUN HARUS DIBELAI.. DIJAGA RAPI DAN DILINDUNGI..


Zahir dan batinnya :
kita bercinta bukan utk sehari dua.. malah mudah2an hingga hujung nyawa dan terus dinikmati hingga ke syurga..apa pun------>

KASIH PADA ALLAH 
itulah yang tetap kekal abadi..


kerna kau yg satu..
yang selalu bersamaku..
di kala ku jatuh..
  ku bangkit kernaMU.. 

  
 

Selasa, 18 Jun 2013

Hari Bahagia




Assalamualaikum..

dh lama aku x update blog ni.. makin bersawang jadinye.. walaupun x jelas di mata, tp ibarat buku yang tersepok dlm almari.. berhabuk jugakkan.. berlalu sudah bulan Mei.. byk peristiwa gak yang terjadi pd bulan tu, namun bulan Jun ni lah yg paling havoc dan sibuk sekali.. Guess what?? Apa lagi kenduri perkahwinan adik ipar aku.. adik suami aku di Kampung Tebuk Haji Musa, Titi Serong, Parit Buntar, Perak.. ini bermakna aku sudah ada biras.. he3..

alhamdulillah depa dapat 'org dekat'.. xlah kami sibuk m'hantar hingga ke luar negeri.. apa kata kita layan pic2 terhebat sepanjang perkahwinan adik kami Azlan bin Muhamad dan Naemah binti Ismail..LAYANZZZZ!!!


------>> SAMBIL LAYAN PIC2 NI KLIK DULULAH VIDEO MUSIC NI..

  
hehehe.. naik pelamin sekali lagi ko..

--------SUASANA TIKA KENDURI--------


x byk pic yg dpt upload.. almaklumlah aku lah yg pegang kamera, akulah yg pegang videocam..hehehe.. bak kata Ucu.. jadi JURU SUKA..

Tradisi lama tetap dikekal.. Makanan secara hidang, masak pun bergotong royong.. meriah sungguh. Mana lagi nak cari suasana seperti begitu.. Tumbang lembu seekor.. Penat, mmg penat.. tp puas hati.. Mana taknya adik bongsu yang kahwin, **ade lg abg 2 org yg belum kawen.. so semuanya abang dan kakak lah yg handle.. untunglah adik2.

Last but not least, kepada pengantin baru tu.. semoga berbahgia hingga ke akhir hayat.. dugaan, ujian ada di mana-mana, namun anggaplah itu sebagai cubaan hidup.. kepahitan ada manisnya begitu juga manis ada pahitnya..


-----RESTU KELUARGA MENGIRINGI KEBAHGIAAN-----

 


----HALWA MATA.. SUDAH SEMESTINYA HANTARAN PERKAHWINAN----

HANTARAN PENGANTIN LELAKI KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN---->>>


HANTARAN PENGANTIN PEREMPUAN KEPADA PENGANTIN LELAKI---->>>
 









 XOXO.... RED VS BLUE.. HEHE
 **naseb baek x jadi RED BULL..**



Kebahgiaan ada di mana-mana cuma kita perlu memburunya..






Lara Kasih,
azhanieza..