Selasa, 3 Mac 2015

CHAPTER 1: UMRAH: IHSAN DARI ALLAH

INILAH ERTINYA IHSAN DARI ALLAH
SYUKUR MENJADI DUYUFURRAHMAN 
DI BUMI HARAMAIN-MU
(KOTA MAKKAH DAN MADINAH)

"LABBAI KALLAHUMMA LABBAIK..
LABBAIKALA SYARIKA LAKA LABBAIK..
INNALHAMDA WAN NI'MATA..
LAKA WALMULK LA SYARIKALAK..

Talbiah yang sering menyentuh jiwa kecilku.. yang pernah ku damba semoga satu hari nanti aku pasti mendengarnya dan melafazkannya bersama dengan para jemaah yang lain. Ye.. janji ALLAH itu pasti.. akhirnya berkat doa dan kesabaran, rintihan hamba yang tak pernah jemu utk menikmati rahmatMu.. akhirnya KAU makbulkan.. 

BERKATNYA DOA SEORANG IBU DAN SUAMI

Alhamdulillah, segalanya telah dirancang dengan baik dan tenang. Berkat doa seorang Ibu yang ingin menunaikan Umrah dan menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah, berkat doa seorang suami yang ingin membantu ibu dan membawa isteri ke bumi Haramain untuk menikmati rahmat ibadah di sana setelah 2 kali dia bertugas di sana, akhirnya menjadi kenyataan.. dan bermulalah travelog Umrah kami bersama segenap harapan, mengharapkan keampunan atas segala apa yang telah kami lakukan dalam kami sedar ataupun tidak.. Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI baik yang tersembunyi ataupun nyata.. 

TERIMA KASIH PADA ANDALUSIA TRAVEL&TOUR

Cukup dapat kami nyatakan di sini bahawa pakej yang telah disediakan oleh pihak ANDALUSIA TRAVEL untuk Umrah Ziarah kali ini memang amat2 teratur. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan, di samping mempunyai kakitangan yang komited atas kehendak pelanggan, Mutawwif yang indah budi bahasa dan sentiasa mengambil berat akan keadaan para jemaah di sana telah membuktikan yang ANDALUSIA TRAVEL&TOUR memang terbaeek!!. Terima kasih kepada staff ANDALUSIA terutama di Cawangan Bandar Baru Bangi dan Us. AIMAN sebagai Mutawwif kami di sana.  

Beg yang pihak ANDALUSIA sediakan kepada para jemaah

Buku Panduan Umrah dan Ziarah Madinah dan Makkah 
turut disediakan. 

Jangan lupa menghadiri Kursus setiap hari Sabtu untuk memantapkan lagi ilmu utk beribadah di sana.

Walaubagaimanapun pastikan segala dokumen yang travel agent perlukan; disediakan dengan lengkap supaya tidak mendatangkan sebarang masalah untuk pihak travel berurusan dengan Kerajaan Arab di sana.


Antara dokumen penting yang perlu dilengkapkan untuk menunaikan Umrah dan Ziarah ke Madinah dan Makkah.

PERJALANAN YANG TERANCANG
MUSAFIR KAMI KERANA-MU

Rabbi Yassir wa la Tua'ssir
Rabbi Tammim bil Khair

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, perjalanan kami untuk menjadi tetamu-Mu..

2 FEB 2015 (ISNIN)

Alhamdulillah.. hari yang dinanti telah tiba.. tak sabar rasanya nk menjejakkan kaki di sana. Terngiang-ngiang keseronokkan sanak saudara, rakan seperjuangan, suami sendiri apabila telah berada di bumi Haramain sebelum ini. Nikmat yang bakal aku rasai. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Dalam suka ada debaran. Dalam debaran ada kerisauan. Namun aku serahkan segala urusan padaMu Ya Allah. Apapun yang terjadi aku redha atas kehendakMu.. dan itulah yang terbaik buat diriku. 

Di pagi Isnin yang hening dan penuh barakah, selepas menikmati sarapan kami pun menuju ke KLIA. Terima kasih kepada saudara handai kerana sudi meraikan keberangkatan kami ke sana. Dua hari sebelum berangkat, Travel agent maklumkan pada kami yang kami harus berkumpul di KLIA pada jam 10 pagi di kaunter tiket yang telah ditetapkan untuk urusan bagasi dan taklimat perjalanan ke Madinah. Ziarah kami adalah di TANAH HARAM MADINAH MUNAWWARAH dahulu.. Kota kedua yang penuh rahmah, penuh ketenangan, penuh kedamaian dan terpelihara daripada sebarang penyakit. Yang penting sekali di sinilah kita berpeluang menziarahi maqam Rasullullah SAW dan sahabat, solat di RAUDHAH dan beribadah di MASJID NABAWI.

JADUAL PERJALANAN :

BERKUMPUL DI KLIA PADA JAM 10.00/11.00AM
BERTOLAK KE KOTA MADINAH PADA JAM 2.00PM
MENAIKI PESAWAT SAUDI ARABIA
DIJANGKA TIBA DI MADINAH PADA JAM 5.00PM (WAKTU ARAB)

**RUPA2NYA TRANSIT DI RIYADH DULU SELAMA 1 JAM


Bersama ibu tersayang dan suami tercinta di KLIA

Bersama keluarga tersayang 

Selesai urusan bagasi, kami pun diberi taklimat oleh para Mutawwif mengenai perjalanan kami. Selepas sesi bersalam-salaman bersama saudara handai,kami pun terus check in di kaunter imigresen dan terus menuju ke pintu masuk yang telah ditetapkan.

 Pasti kenangan yang paling manis buat mak. Kali pertama naik kapal  terbang dah pergi OVERSEA. Ketika di AERO TRAIN.

Pesawat SAUDI ARABIA yang membawa kami ke destinasi yang dituju.
Masa ni kami transit di Airport Riyadh selama 1 jam.

Sempat jua mengabadikan 'BOARDING PASS' sebagai kenangan..


Perjalanan dari Malaysia ke Kota Madinah telah mengambil masa selama 8 jam termasuklah berhenti di Airport Riyadh selama 1 jam. Disebabkan perasaan yang berkobar-kobar dan keadaan di dalam pesawat yang cukup selesa dengan disajikan makanan dan minuman yang cukup menyelerakan, perjalanan yang jauh pun rasa sekejap je. Kredit utk pesawat ni sbb byk movie dan audio yang disediakan pada mini tv yang diletakkan di setiap kerusi. So layan jelaa feeling tu.. sesekali main gak game.. hmm, mcm budak2 pun ada.. apapun untungnya aku sbb dpt tgk reaksi mak aku utk kali pertama dia naik flight. Kata mak "kalau mcmnilah makan kt dlm kapal terbang, mahu hari2 mak terbang".. he3.. 

senyum aje mak aku ni..

 bersama abg haji.. 

MADINAH MUNAWWARAH
AKHIRNYA KITA BERTEMU

Alhamdulillah, setelah mengharungi perjalanan selama hampir 9 jam, kami pun tiba di Airport Madinah. Usai proses check out dan bagasi, kami pun menaiki bas menuju ke Tanah Haram MadinatulMunawwarah. Pelbagai perasaan yang timbul menuju ke sana. Pastinya Tanah Haram yang mempunyai pelbagai cerita dan berjuta rahsia. Segala debaran hilang tatkala bila mata menatap keindahan malam di MASJID NABAWI. Masjid yang mempunyai beribu-ribu rahmah. Masjid yang menjadi tempat bersemadinya Kekasih Junjungan Allah; RASULULLAH SAW beserta sahabat Baginda yang terulung, disebelahnya Perkuburan Baqi' yang menjadi tempat persemadian keluarga Rasulullah saw dan di dalam masjid itulah terdapat sebahagian kawasan yang dinamakan RAUDHAH yakni taman Syurga. Tidak dapat nakku lafazkan dengan kata-kata. Hanya mampu bersyukur atas pemberian nikmat yang telah Allah berikan. 

 Indahnya malam di MASJID NABAWI

Sepanjang di Madinah, kami menginap di Hotel Mubarak Silver yang menjadi hotel utama jemaah yang menggunakan perkhidmatan Andalusia Travel. Jarak antara Hotel ke Masjid Nabawi hanya 200 meter sahaja. Alhamdulillah, sekali lagi Allah permudahkan urusan ibadah kami di sana.Jangan lupa untuk sentiasa ALERT pada jadual Ziarah yang telah pihak travel sediakan. 

Jadual Program di MADINAH

*******************************
DAMAINYA HATI 
DI BUMI MADINAH AL-MUNAWWARAH

ZIARAH HARI PERTAMA:
3 FEB 2015 (SELASA)



               Waktu Solat di Madinah Munawwarah

Ziarah kami yang pertama, dah tentulah untuk menikmati dan beribadah di Masjid Nabawi yang tersergam indah. Setengah jam sebelum masuk waktu Subuh, kami dh menuju ke Masjid Nabawi.. alhamdulillah begitu tenang dan damainya di awal pagi.. angin menghembus tenang, ibarat menyambut kedatangan umat Nabi Muhammad saw.Di kesempatan inilah, kami menghirup udara yg segar, udara yg menjadi penawar segala kesakitan.. itulah rahmat yang Allah berikan di bumi Madinah. Semakin hampir dgn Masjid Nabawi, semakin sayu hati ini, semakin berkobar2, gembira yg teramat sangat.. SUBHANALLAH.. cantiknya MASJID NABAWI ini..  tak berkelip mata melihat keindahannya.. berduyun2 manusia pelbagai bangsa, rupa, bahasa yg datang.. tp atas agama yg satu, tujuan yang satu.. utk menyerah diri kepada ALLAH.. dan utk bertemu dgn Rasulullah saw.. 

-INDAHNYA MASJID NABAWI-
-LAMBANG KETAQWAAN-



INILAH DIA MASJID NABAWI yang telah dibina oleh Rasulullah saw atas dasar KETAQWAAN. Fadhilat  masjid ini adalah dilipatgandakannya pahala solat di dalamnya. 

Rasulullah saw telah bersabda:

صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ، إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ

“Solat di masjidku ini lebih utama dari 1000 kali solat di masjid selainnya, kecuali Masjid al-Haram.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dahulunya lantai masjid terdiri daripada tanah yang berbatu, atapnya pelepah kurma, dan terdapat tiga pintu, berbeza dengan acuan yang terkini, namun tetap atas tapak yang sama terus dipelihara bersama sunnahmu. InshaaAllah.




rugi andainya tidak mengabadikan saat2 yg berharga ini..

Setiap kali nak masuk masjid mmg beg kita kena check.. kdg2 ada yg redah je masuk.. apa lagi marahlah mak guard Arab sana.. suara diaorg mmg lantang.. bab selipar, klu bole jgn tinggalkan kt luar.. beg plastik semua dh tersedia.. botol nk isi air zamzam, jgn bw yg gedabak2.. alamat mmg kena buanglah dlm tong tepi mak guard tu.. kdg2 bila pandang muka org yg botol2 dia kena buang tu, kesian pun ada.. tp nk buat mcmana, dh peraturannya.. bab air zamzam, mmg nikmat tak terkata.. nk minum sampai puas mmg boleh je.. tp terpaksa gak bersekat, sbb nnt asik ke toilet je.. kat sana pantang ada tempat kosong opps.. dh ada org..kita kt cni siap berchop2.. tp kt sana, jgn harap laa ye.. kdg2 boleh bergaduh jdnya.. ape2pun di mana2 kita bole ibadat, janji tempat tu bersih tanpa sebarang najis.. 

 nilah dia tong air zamzam..
 nk minum byk mana pun minumlaa.. sentiasa diselia.. 

Usai solat Subuh, kami pun balik semula ke hotel untuk bersarapan dan bersiap sedia untuk memulakan Ziarah kami yang pertama iaitu melawat kawasan sekitar MASJID NABAWI, MAQAM RASULULLAH SAW dan SAHABAT, bersolat di RAUDHAH dan melawat PERKUBURAN BAQI'..

MAQAM RASULULLAH beserta 2 SAHABAT 
dan RAUDHAH..

Bersama dengan Pembimbing kami seorg Ustazah, yang cukup lembut bicaranya.. di sini kami semua dibawa ke satu demi satu kawasan MASJID NABAWI.. nak pergi Maqam dan Raudhah pun ada jadualnya.. bkn boleh main redah je.. untunglaa bagi org lelaki, bila2 masa bole melawat maqam dan solat di Raudhah.. tak mcm kami org perempuan, nak masuk Raudhah pun sampai bersesak2.. siap ada checkpoint lagi.. bila dh nmpk KUBAH HIJAU.. makin berkobar2la hati ini.. tak sabar nk bagi salam pada junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Papan tanda sebelum masuk ke Raudhah..

CERITA DI SEBALIK 
MAQAM RASULULLAH DAN 2 SAHABAT

Makam Rasulullah saw ditempatkan di dalam sebuah kawasan yang mempunyai kubah berwarna hijau di dalam kawasan Raudhah. Di sisi makam Rasulullah saw terdapat makam dua sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a and Khalifah Umar al-Khattab r.a. Mereka merupakan sahabat karib Rasulullah saw dan juga khalifah umat Islam selepas kewafatan baginda. Mereka berdua adalah orang yang sentiasa menemani Rasulullah saw ketika senang dan susah dan sentiasa mempercayai setiap kata-kata Rasulullah saw di dalam apa juga keadaan.

Ketika Rasullulah wafat, Baginda dikuburkan di dalam kamarnya dan Siti Aisyah tetap tinggal dikamar yang sama. Kemudian ketika Abu Bakar ra mendekati ajal beliau meminta izin kepada Siti Aisyah agar dapat dikuburkan di samping sahabat yang  paling dicintainya itu dan Siti Aisyah mengizinkannya seperti diketahui Abu Bakar adalah ayah kepada Siti Aisyah. Kemudian ketika Umar bin al-Khatab mendekati ajal,  beliau juga meminta izin Siti Aisyah untuk dikuburkan di samping sahabatnya, padahal Siti Aisyah sudah merancang untuk dikuburkan di samping suami dan ayah yang sangat dicintainya tetapi kerana rasa hormatnya kepada Umar bin al-Khatab maka Siti Aisyah juga mengizinkannya. Setelah Umar bin al-Khatab dikuburkan disamping Rasulullah, maka Aisyah tidak pernah membuka aurat dikamarnya kerana telah ada orang asing bukan mahramnya yang telah dikuburkan di kamarnya. Begitulah mulianya Siti Aisyah, meskipun lelaki yang bukan mahramnya telah meninggal tetap saja Siti Aisyah tidak mahu menampakkan auratnya di depan kuburan Umar.

Kedudukan pusara Rasulullah saw, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab adalah seperti solat berjemaah yang mana Rasulullah SAW menjadi imam kepada Abu Bakar dan Umar.

DI SEBALIK TABIR RAUDHAH

Raudhah yakni Taman Syurga. Terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah saw.Ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi. Jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah.
Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa. Kerana Raudhah merupakan antara Taman Syurga yang telah disebut oleh Rasulullah saw.

*******************************

Di sini aku tak sempat nak ambik gambar sgt.. entahlah mungkin jiwa aku jadi sedikit gelisah, resah, tak sabar nk mengunjungi maqam Rasulullah saw dan sahabat serta utk solat di Raudhah..jenuh jugak nk masuk kawasan ni.. cabaran pertama yg harus aku dan jemaah lain tempuhi.. sebelum menziarahi maqam dan raudhah, kami telah diberi taklimat oleh Ustazah berkenaan dengan kedudukan Maqam dan Raudhah.. diajar cara utk memberi salam dengan penuh sopan, dan kawasan yang patut kita solat di Raudhah.. kata Ustazah pada karpet hijau.. tp ada sebahagian karpet hijau yg bukan dlm kawasan Raudhah.. so kena dengar bebaik taklimat tu.. 

ALHAMDULILLAH.. syukur kepada Allah kerana permudahkan urusan kami semua.. bersaing dengan jemaah dr ASIA mmg mencabar fizikal.. yelah, bdn diaorg tu tegap2 belaka.. namun kebijaksanaan pengawal di Arab membahagikan jemaah kepada kumpulan tertentu.. contohnya Jemaah Malaysia akan bergabung dengan jemaah dari Indonesia. so xdelaa jemaah kita yg kecik molek ni tersepit. Masuk je ke ruang RAUDHAH, menghadap pulak Maqam Rasulullah saw, Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab membuatkan jiwa ini terasa dekat sangat dengannya. Walaupun aku tak dpt menatap wajahmu, namun aku tahu kau ada di situ ya Rasulullah.. selepas memberi salam kepada Rasulullah, Abu Bakar dan Umar, aku dan ibuku segera mencari tempat utk bersolat di Raudhah.. suasana yg mulanya sesak, bertolak2.. berlalu begitu saja.. rasa mcm di awangan, nyamannya bila di Raudhah.. bila mak ckp "Ngah, ni karpet Hijau ni, moh kita solat".. terus aku terjaga.. ye, mungkin Allah kabulkan doa kami semua.. aku dan ibuku dapat solat dgn tenang di dalam Raudhah.. rezeki kami berdua beranak bila ada wanita dari pakistan menjaga kami ketika solat.. dihadangnya org yg lalu lalang di dpn kami.. nk berdoa pun kena ada tekniknya tersendiri.. jgn doa bertadah tangan.. alamat mak guard arab tu ckp "Sudah Ibu.. Sudah Ibu".. so pandai2laa ye.. nk buat ibadah pun kena bijak.. kena berebut.. Rugi kalau kita mensia2kan peluang yang ada.. sbb RAUDHAH ADALAH SEBAHAGIAN TAMAN SYURGA DAN DI SINILAH MUSTAJABNYA SESUATU DOA.. Mudah2an doa kami termakbul di sini.. Amin, Ya Rabbal Alamin.. 

ZIARAH PERKUBURAN BAQI'

Seterusnya kami dibawa ke Perkuburan Baqi' iaitu perkuburan yg menempatkan ahli keluarga Rasulullah saw, penduduk Madinah serta jemaah haji dan umrah yang meninggal dunia di Madinah. Terletak bersebelahan dgn Masjid Nabawi.. byk bezanya dgn kwsn perkuburan di Malaysia.. Subhanallah, hanya batu jadi petanda, bkn nisan dan batu marmar yg menjadi tanda spt di negara kita. Besar rahmat apabila dpt meninggal di sini.. bercita2laa utk mati di Madinah.. kerna di tanah Madinah inilah bersemadinya Rasulullah saw dan ahli keluarganya yang tercinta.. berikut adalah hadisnya (disahkan sahih oleh Al-Tirmidzi)

“Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah, maka lakukanlah..sesungguhnya aku akan memberi syafaat di akhirat untuk mereka yang mati di Madinah.”

Sebak dada ini bila menyingkap kembali kisah Sirah Rasulullah saw.. 

********************************

Berakhirlah aktiviti ziarah hari pertama di Madinah.. apa lagi, lps solat zohor, abg haji ajak aku ngan mak mengeteh di bwh..Sementara menanti asar, kami pun pekena shawarma, set ayam goreng dan kentang goreng bersama susu Arab.. Dkt Arab ni kedai diaorg x sediakan meja dan kerusi makan.. so pandai2laa cari port utk makan.. disebabkan abg haji ni dh pernah pegi sana sblm ni, so dia laa yg bw kami ke satu tempat rehat ni.. berdekatan sgt dgn Masjid Nabawi..Seronoknya bila dpt makan bersama jemaah dari negara lain. Makan je senyum.. makan je senyum.. mana taknya dh duduk mengadap satu sama lain kan.. 



  


 ZIARAH HARI KEDUA
  -4 FEB 2015 (RABU)-

MASJID QUBA'



Alhamdulillah, tepat jam 7.30am, kami telah berhimpun di lobi hotel menunggu bas utk membawa kami ke destinasi yang dirancang. Pastinya MASJID QUBA' menjadi tempat ziarah kami yang pertama pd hari kedua di Bumi Madinah. Jiwa teruja kerana ingin menikmati nikmat dan rahmat menjejakkan kaki di Masjid Quba' yang merupakan masjid yg pertama sekali dibina oleh Rasulullah saw bersama para sahabat di Madinah. Di masjid inilah telah Allah bagi ganjaran kepada hamba-Nya seperti mana yang telah disabdakan oleh Rasulullah :


Bersolatlah di Masjid Quba' kerana ganjarannya 
seperti membuat satu umrah.




Bersama Us. AIMAN sebagai Mutawwif kami di sana.  


JABAL UHUD

  


Kemudian, kami dibawa menziarah ke Jabal Uhud 'Bukit Menyendiri'.. Jabal Uhud adalah bukit yang mencintai dan dicintai Nabi Muhammad saw. Di sinilah tersemadinya Jasad Saiyidina Hamzah dan Para Syuhada yang terkorban ketika berlakunya peperangan Uhud. Sekilas imbas berkenaan Perang Uhud ini terjadi kerana tentera Quraisy ingin membalas dendam setelah mereka kalah dalam perang Badar. Kemenangan yang pihak Muslimin kecap hanya seketika, tika para pemanah lupa pesan Rasulullah saw. Akhirnya kaum Musyrikin memulakan serangan hingga gugurlah antara salah seorang pejuang Islam yang benar-benar memperjuangkan Islam yakni Saiyidina Hamzah. Rasullullah menyuruh semua jasad para Syuhada disemadikan di satu kawasan lapang di Jabal Uhud ini. Demi kuasa Allah,jasad mereka tetap utuh dan tidak hancur dimakan tanah meskipun telah dikuburkan. Di Jabal Uhud ini juga terdapat juga satu kawasan bukit yang selalunya akan didaki atau dipanjat oleh para jemaah. Yang pasti itu bukan Jabal Uhud tapi ianya dikenali sebagai Gunung Rumat atau dikenali sebagai Bukit Pemanah.

 PASAR KURMA





Kemudian kami di bawa menziarah ke Ladang Kurma. Memang fresh betul buahnya. Cuma masa kami pergi tu, bukan musim dia sangat kot. Sebab tak nampak pun buah atas pokok. He3. Macam-macam kurma dapat rasa. bukan kenyang membeli tapi kenyang dek tester. Harga dia up sikitlah nak banding dengan Pasar Kurma yang di tengah bandar Madinah. Yang bestnya kat sini siap disajikan dengan teh Arab di luar kedai. Dah puas ber'shopping' kurma, kami pun naik bas untuk pulang ke hotel memandangkan ada aktiviti yang lain untuk para jemaah di Madinah. Kerana masa yang terhad,kami sempat dibawa pusing untuk melihat Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh dalam bas sahaja.


 ZIARAH HARI KETIGA
  -5 FEB 2015 (KHAMIS)-

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT
Untuk hari yang ketiga pihak Travel menganjurkan Majlis Tahlil dan Doa Selamat bersama para Jemaah. Memang amat syahdu dan terkesan ke dalam hati apatah lagi bila mengingatkan pemergian orang yang tersayang. Semoga doa kami semua sampai kepada insan-insan yang kami sayang. So, usai je program tu, kami jalankan aktiviti sendiri. Lepas aje Solat Zohor, kami pun jalan-jalan cuci mata kat kedai-kedai yang berhampiran Hotel tu. Kena jugak beli cenderamata untuk keluarga dan teman tersayang. Alhamdulillah disebabkan pengalaman yang dah ada pada abg aji tu, sempat pulak dia bawa kami mengeteh di Shopping Mall kat Madinah tu. Bab shopping pun dia memang expert. Dibawanya kami ke kedai yang di Lower Ground. Memang barang murah-murah. Jubah pun memang ada klass, harga pun mampu milik pulak tu. Cuma yang kelakarnya, peniaga kat Madinah ni kalau kita tak beli barang kat kedai diaorang, mulalah diaorang sebut "MALAYSIA BAKHIL". Benda dah belikan takkan nak beli banyak kali. So, jangan memandai nak sentuh kain, baju, barang yang diaorg jual tu. Kadang-kadang nak marah pun ada, control jelah. Memang dah sikap diaorang yang terlebih kasar. Tapi tak semua yang macam tu. Apapun, rezeki group kami dapat Hotel Mubarak Silver, dekat sangat dengan Pintu 25 Masjid Nabawi yang terkenal dengan para penjaja di hadapan pintu tu. Jubah yang SR 10 pun ada. Kalau bab perhiasan memang berlambak. Yang tu memang menggugat iman aku dan mak aku. Hahaha. 


 Ni kat Dewan Makan
 



 Nampak kan!!



              ZIARAH HARI KEEMPAT
  -6 FEB 2015 (JUMAAT)-

SELAMAT TINGGAL KOTA MADINAH

Pagi Jumaat tu sesudah Subuh, rasa sayu sangat hati. Lagi-lagi masa melangkah kaki menapak ke Masjid Nabawi waktu Subuh. Mana taknya, itulah Subuh terakhir kami di Masjid Nabawi. Macam-macam perasaan ada. Namun alhamdulillah, kami diberi peluang untuk Solat Jumaat di Masjid Nabawi. Tak pernah Solat Jumaat di tanahair sendiri, tapi Allah bagi peluang untuk mendengar khutbah dan solat Jumaat di sana. Bab Azan di Madinah ni memang lunak suara Muadzzinnya. Terbuai seketika dalam masjid. Ironinya, di sini aku belajar tentang kerinduan padamu Ya Rasulullah. Tentang luhurnya, lembutnya hatimu Ya Rasulullah. Tentang perjuanganmu yang tak pernah gentar Ya Rasulullah. Makin aku ingat kenangan kita di sana, makin sebak dada ini. Menatap setiap ceruk dan liku masjidmu, membuatkan kami makin rindu. Sayang sangat nak melepaskan Bumi Madinah. Sayang sangat nak meninggalkan Masjid Nabawi. Sebab apa? Sebab di situ ada jasadmu Ya Rasulullah. Setiap hari kami memberi salam kepadamu. Dan setiap hari kami merasa engkau ada di sisi. Mendapat Syafaatmu memang impian kami Ya Rasulullah. Kami merintih dalam hati,cuma linangan airmata yang payah nak berhenti. Bersujud pada Penciptamu apatah lagi bersamamu Ya Rasulullah, memberikan kami sejuta rahmat dan lebih dekat dengan YANG MAHA ESA. Usai Solat Jumaat, terasa beratnya kaki nak melangkah pergi, ku hadapkan muka ke setiap pelusuk masjidmu dan berdoa semoga kami dapat dijemput lagi untuk bertemu denganmu sekali lagi. Selepas ini kami akan terus bermusafir. Musafir untuk bertemu Pencipta sekelian alam. Menjadi DhuyufurRahman di rumahNya memang itu matlamatnya. Kali ini hati dan jantung aku terus berdegup laju. Dah tak sabar nak melihat Kaabah dan menunaikan Ibadat Umrah di Makkatul Mukarramah. 




 


        ###################################################

AKAN BERSAMBUNG DI CHAPTER 2